Tuesday, 29 November 2011

Trip Popping Lubuk GT - 27 November 2011

Trip Popping Lubuk GT ini telah lama di rancang dan telah 3 kali di tunda.
Trip ini di rancang sejak bulan julai 2011 lagi..Tetapi oleh kerana keadaan bot tidak mengizinkan...trip terpaksa ditundah untuk pertama kalinya agar bot yang bakal digunakan lebih bersedia. Penundahan trip kali ke dua disebabkan oleh faktor cuaca. Memang kaw..kaw...kaw..lah punya keadaan cuaca. dengar saja angin kencang dan hujan lebat..Terus Trip ditundah demi keselamatan. Kali ke tiga nya pula...bot perlu mendapatkan lesen. difikikan bot ni tak perlu di daftar. Rupa-rupanya perlu. Dalam masa seminggu pada awal November lesen bot siap diproses.

kini tiba masa yang ditunggu-tunggu. Trip di rancang dengan penuh rapi. Seminggu lebih awal, perancangan dibuat. Bekalan yang perlu dibawa dan senjata yang perlu disediakan. Sehari sebelum perjalanan..bekalan makanan disediakan untuk trip 2 hari 1 malam.

27 November 2011
hari yang ditunggu akhirnya tiba juga. seawal 2 pagi persediaan telah siap untuk pergi ke jeti Putatan. Bagi mengelakkan Bot yang digunakan tidak tersadai di muara. Bot terpaksa dikeluarkan awal kerana air laut yang surut. Setelah Bot dikeluarkan...Bro Fauzi pegi mengambil otai-otai popping di sekitar KK. Bro Pezal di ambil dekat Hospital, Bro Jai dan Bro rezal di rumah Bro Jai di Kg. Tg. Aru. Setelah Kesemuanya di ambil..kami semua tak sabar-sabar untuk memulakan perjalanan. Kesemua barang diturunkan ke Bot yang dilabuhkan berhadapan Taman Teluk Vila Putatan. setelah semuanya selesai..kami mula bertolak sekitar jam 5.30 pagi menuju ke spot yang dirancang.

Pada awal perjalanan...keadaan laut agak tenang. tetapi sangkaan kami meleset. Setelah 1/2 jam perjalanan. Keadaan laut mula beralun...sehingga lah kami tiba di satu tempat di mana perjalanan kami agak lambat sedikit kerana alun yang menghentam kami datang dari 3 arah. Nasib baiklah Tekong yang membawa bot begitu mahir. Bro Pezal lah tekong dan otai pemancingnya. Orangnya boleh tahan. Relax ko Zal.


ini lah gambar Otai Popping tri kali ni... Di Depan yang Hensem tu..Bro Jai. Di Tengah pula...Bro Faudzi..Di Belakang..Tekong sebelah kiri Bro Pezal dan Co-Pilot ..Bro Rezal. Semuanya tak sabar mo memPopping.
Maaflah gambar ni pun di ambil ketika perjalanan balik.

Berbalik dengan perjalanan ke Spot Popping...Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk sampai ke spot pertama.
Spot Yang kelihatan dekat , rupanya mengambil masa 1/2 jam juga untuk sampai.
Orang Penting ..Bro Jai

Setibanya di spot pertama...mulalah aksi popping.. Keadaan tempat spot pertama ini kelihatan agak merbahaya dengan keadaan batuan karang yang agak tajam sebelah menyebelah dan di bawah bot. Posisi bot juga perlu diatur dengan baik agar kawasan ikan-ikan ber'main' tidak terganggu.
Bro Jai.  saja memang bernasib baik. Sekali cast  saja, dia sudah strike GT pertama untuk trip ini. Memang power ini orang. Nasi baik gambarnya tidak dapat di tunjukkan dalam ini blog.
Seterusnya Bro Pezal pula mendapat sentapan sang GT. Berdezit...juga Reel yang digunakannya...Shimano Stella 8000SW dikuatkan dengan rod Dogthoot Upro PE2-4 dan Braided 70 lb dan perambut 100lb.
Bro Pezal dengan tangkapan pertamanya anggaran 3kg+++
Spot yang pertama ini...memang betul-betul menarik. Boleh dikatakan semua kami dapat menaikkan GT. Bro Rezal pun tidak ketinggalan menaikan GT di ikuti oleh Bro Faudzi.
Bro Faudzi dengan GT seberat 2kg++
Bro Pezal dengan tangkapan GT ke duanya

Setelah beberapa ketika dan banyak juga GT yang di naikkan di kawasan Spot pertama. Kami berpindah ke spot yang kedua.
Di kawasan spot ke dua ni..tangkapan agak kurang kerana kehadiran banyak jerung di kawasan tersebut. Beberapa 'strike ' yang diperolehi pun banyak yang putus dan lucut. Seterunya kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar setelah matahai betul-betul berada di atas kepala.
trip Popping kami diteruskan lagi ke Spot yang ke tiga. Di kawasan ini..ikan memang agak banyak dan batuan karangnya yang banyak dan tajam membuat kan kami lebih berhati-hati.
 Di kawasan ini boleh dikatakan banyak strike yang diperolehi. Yang cukup bagus..apabila Bro Faudzi mendapat strike 2 GT dalam 1 Pop. Perkara macam ini memang agak jarang berlaku. Bro Faudzi juga memang bernasib baik apabila mendapat strike dari sang G yang agak Bagak itu seberat 18.7kg. Set yang digunakan pun hanya set yang agak ringan saja..shimano Ultegra 4000, Tali sulam 30lb, Perambut 50lb dan dikuatkan dengan Rod Allblack Rod Ford PE2-4. Perlawanan menaikan GT ini memakan masa lebih kurang 1/2 jam. Tali sulam yang keluar ditarik oleh GT pun agak panjang membuatkan reel yang ringan menjadi agak begitu panas apabila drag di set hampir-hampir ke drag maksimum. Perlawanan tersebut membuatkan Bro faudzi betul tercabar melawannya sampai tangan hampir kejang melawan tarikan Gt tersebut. Akhirnya..Bro Rezal terpaksa membantu menaikan GT tersebut. Terima kasih Bro Rezal. 
Bro Pezal dengan GTnya

Ini kali lah..Yellow Fin GT di naikkan oleh Bro Pezal

Bro Faudzi dengan GTnya..Nasib baik GT ke dua terlepas dari Hook.
Double GT untuk 1 strike.

Ni dia GT 18.7kg yang berjaya dinaikkan.

Betul-betul berat ini GT

Terima kasih buat Bro Rezal kerana membantu menaikkan GT ni.

Bro Jai..Terima kasih...Tolong naikkan GT ni

Setelah beberapa ketika kami berpindah spot lagi ke spot seterusnya. Spot seterunya ini agak kurang yang diperolehi kerana keadaaan angin dan laut yang agak bergelora di tambah pula dengan air laut yang agak keruh.
setelah mencuba beberapa kali...kami mengambil keputusan untuk berpindah spot kerana keadaan laut yang agak bergelora dan demi keselamatan kami semua.
Memandangkan masa yang agak lewat dan beransur gelap..kami teruskan perjalanan kami untuk berehat dan menyambung aktiviti Popping pada keesokkan hari.


Gambar di atas adalah antara set senjata yang dibawa dalam pemburuan GT
Manakala gambar bawah menunjukan keadaan bilik yang begitu selesa.

 Bro Jai..memikirkan sesuatu sambil menunggu makanan disediakan

Bro Pezal dan Faudzi sibuk di dapur

Itu dia Chef of the day
Apa lah yang dimasakkan tu.

Pada sebelah malam nya kami mengambil rehat yang cukup untuk meneruskan aktiviti Popping. 

28 November 2011
seawal pagi lagi alarm jam mengejutkami kami jam 4.30 pagi. kami semua kena bersedia awal untuk meneruskan aktiviti Popping sekiranya keadaan cuaca baik dan keadaan air laut pun baik.
kami mula bertolak meneruskan aktiviti Popping seawal jam 5.30 pagi.
Tangkapan awal pagi kami agak kurang di mana hanya se eokr GT saja yang berjaya dinaikkan. selebihnya hanyalah ikan Jerung. Boleh dikatakan ikan Jerung banyak mengganggu aktiviti kami pada hari ke dua. setelah puas aktiviti Popping di buat. Kami mengambil keputusan untuk kembali ke tanah besar KK pada jam 8.30 pagi. Ini kerana dikhuatiri keadaan laut akan berubah sekiranya kami balik lewat. kami sampai ke Jeti Putatan pada jam 10.40 pagi. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam setengah banyak kenangan manis. Banyak cerita...dan juga perancangan untuk trip seterusnya.
BERJAYA...

Dan Berjaya....

Bro Rezal berlatarbelakang Teluk Villa Putatan

Bro jai...memandang ke belakang..sambil berfikir..Akan ku tawan ko GT

Taman Teluk Villa Putatan...kami kembali.

Ok jumpa lagi trip seterusnya..


Post by...
Pro Angler..Team Jejak Lubuk