Thursday, 13 October 2011

Memancing Udang Galah Episod 2

Sekali lagi penjelajahan diteruskan bagi misi lubuk Sepit Biru ( Udang Galah ). Kali ini lokasi masih tempat yang sama, dimana masih banyak lubuk yang belum diterokai.. lihatlah hasilnya yang berjaya ditawan oleh pemancing tegar Udang Galah.
Lesen pertama yang berjaya dinaikkan di lubuk jijah... biar kecil tapi tarikkan mahu tau.. bisa.......
 Udang yang berjaya dinaikkan menjelang ke petang.. masih lagi tu mencari lubuk yang power..
Antara lubuk yang dijelajahi bagi misi pencarian sepit biru di Sg Gerama Beaufort

Pulangan yang dibawa ke rumah

lagi pulangan yang dibawa balik
 Antara hasil tangkapan memancing
Ini hasil tangkapan bro Masrof ini.. banyak tuuuuu..


Inilah antara team jejak lubuk yang menjelajah ke sg Gerama bagi misi pencarian lubuk kakau...Bro Jef siap berdiri mencari lubuk kakau .. apa lagi bro Brhm.. mantap control macho tu heeee..

Ini dia juara hari tu dengan tangkapan yang diluar dugaannya... memang mantap bro Uding...Mengancang.....

Inilah Udang Galah yang terbesar yang pernah sy naikkan.. tak sangka rezeki anak lah katakan.. beratnya bukan main, paling syok tarikkannya.. wow mantop giler... pertama kali dan menjadi rekod peribadi menaikkan sepit biru gergasi...

sedia menjadi santapan dimalam hari..

Senjata yang di bawa dalam misi menawan sepit biru. jangan kurang - kurang hehehe.....

hehehehe.. puas hati bila mengangkat hasil tangkapan yang lumayan

sodap sodap sodap sepit panjang - panjang lagi.. itulah rezeki memancing udang galah.. kesabaran amat penting dalam menawan sepit biru.


Begitulah ceritanya dalam menjelajah lubuk lubuk sepit biru, kepuasan memang tak terhingga bila berjaya menaikkan sepit biru.. bagi sesiapa yang belum ada lesen udang tu, marilah turun dan cuba merasa tarikkan sepit biru yang power.. pastinya lain daripada yang lain.. tak cuba makanya tak tahu.. maka oleh itu cubalah menawan sentapan sepit biru yang power... sekali menaikkan pasti akan bersemangat dalam mencari lubuk sepit biru.. nikmatnya sukar digambarkan.. go go go Team Jejak Lubuk .............

Wednesday, 12 October 2011

Memancing Udang Galah

Memancing Udang galah sesungguhnya kurang diminati oleh pemancing ikan yg tegar.. namun bagi penggemar udang galah, memancing sepit biru memberi satu kepuasan yang tidak kurang hebatnya... apatah lagi bila merasa tarikkan sepit biru.... ibarat pepatah jangan disangka air yang tenang tiada si sang buaya..  tetapi bagi pemancing udang galah, pepatah itu dah bertukar.. disitulah ada buaya, maka disitulah lubuk udang galah... tak kira bahaya, namun kepuasan tarikan sepit biru tetap menjadi misi setiap kali mencari lubuk........ Rasanya tak lengkap seseorang pemancing selagi belum menarik sepit biru... dapatkan lesen pancing udang dulu barulah lengkap.....yang penting cabaran tarikan udang dapat di atasi.......



walau penat namun hasil tetap dibanggakan. bertolak jam 5 pagi dan kembali kerumah sekitar jam 6 ptg.. memancing di sungai gerama pasti memberi pulangan yang baik ...

Sesuatu yang diluar jangka pabila mendapat hasil memancing udang galah yang rata rata size triple AAA


 Memancing di Sg Biau Bongawan .. sepit biru ... mantapppppppppppp.... biar orang menarik black bass ke.. selunsiung ke.. namun sepit biru tetap menjadi pujaan hatiku...............................................................

 Pulangan hasil tangkapan di Sungai Biau Bongawan yang tidak kurang hebatnya juga... wowowowowowow.... gorengpun sodap....
 Tidak teringin ke anda bila membawa balik hasil tangkapan udang galah yang bersaiz besar... rasakan dahulu tarikkan barulah power......
 Cabaran setelah sehari semalam mendapat sepit biru yang besar yang memang sukar di dapati ... itulah pulangan dari Sg Gerama Beaufort
 Sepit biru yang panjang bagai melambai untuk kita cuba bertarung dengan saiz yang lebih besar...


Inilah dia Raja Kakau ( Sepit Biru ) susah amat nak kalahkan hasil tangkapannya.. yelah tuan rumahlah katakan hehehehe.. tanpa dia juga tak merasa sy menarik sepit biru yang gergasi hehehe... itulah dia khazanah Sungai Gerama Beaufort....
tunggu gambar tangkapan udang pada episod ke-2  nanti yeeee.....   lagi mantop gileeerrrrr bersama rakan team jejak lubuk yang lain.... tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

Sunday, 2 October 2011

2nd Deepsea Fishing Trip Team Jejak Lubuk

Trip kali ini telah dirancang awal semasa jamuan berbuka puasa Team Jejak Lubuk yang diadakan pada 26 Ogos 2011 yang lalu. Melalui perbincangan pada majlis tersebut...semua ahli bersetuju untuk mengadakan Trip memancing laut dalam ke dua pada 23 - 25 September 2011. Itupun bergantung dengan kekosongan kapal.
Misi seterusnya..cuba try test lah membooking tu kapal melalui bro Jai . Alhamdulillah...good respond. Pada tarikh yang di rancang memang ada kapal kosong. Pada mulanya... bilangan ahli yang akan turut serta pada trip kali ni melebihi dari jangkaan. Nasib baik dapat dipecahkan kepada 2 buah kapal.
Sehari sebelum trip diadakan...Bro Jai telah membuat satu perbincangan memandangan keadaaan cuaca yang tidak menentu. Antaranya pilihan takat yang sesuai.

23 September 2011......
Kini tiba masanya yang ditunggu-tunggu. Dengan keadaan cuaca yang agak dingin disertakan hujan di awal pagi dan lewat malam semalam. Keadaan laut pun agak berombak dan beralun..jangkaan 1-2 meter.
Sebelum ke Jeti...kebanyakan ahli...pergi ke pasar SAFMA berdekatan untuk membeli umpan seperti ikan basung, tulai, bekulan dan sotong.  Trip kali ini...Team Jejak Lubuk mengikuti Kapal Akmad.
Kapalnya..boleh tahan...bersih. Boleh dikatakan kapal ini adalah antara kapal terbersih antara semua kapal-kapal memancing di KK. Team Jejak Lubuk juga..dikuatkan dengan kehadiran semua ahli seramai 13 orang termasuk ahli paling jauh dari KL iaitu Bro Reza yang baru tiba dari KL pada petang semalam semata-mata trip memancing ini. Mantaplah... Raja Putih datang.

Keadaan laut yang agak bergelora

Kapal Akmad pandangan dari hadapan

Sebilangan Kapal memancing yang turun ke laut

Aktiviti rancak di jeti.... Bayar jangan tak bayar

Ni dia..Bro Reza bersama Bro Pezal.

Gelagat di atas kapal sebelum bertolak


Trip pada hari pertama....23 September 2011.

Pada hari pertama secara ringkasnya.... takat yang dibawah agak kurang memberansangkan. Boleh dikatakan setiap takat yang di singgah. Tidak banyak sentapan yang diperolehi. Begitu juga pada sebelah malamnya. Cuma beberapa ekor ikan saja yang berjaya dinaikkan. Bro waz...saja dapat menaikkan GT 5kg++ menggunakan teknik jigging. Tahniahlah...Ko lah juara.
Pezal dengan ikan merahnya.
Tapi...masa awal perjalanan..boleh dikatakan.Sebilangan ahli2 memancing tertewas dan terpaksa masuk kedalam kabin kerana keadaan ombak yang akan besar. Nasib baiklah tiada gambar yang dapat ditunjukkan.

Bro Pezal dengan Merahnya

Bro Faudzi dengan ikan nda tau lah apa namanya...


Pada hari kedua....24 September 2011

Keadaan laut pada hari kedua..agak baik dan kurang bergelora walaupun ribut pada awal pagi.
Tangkapan pada hari kedua pun agak kurang memberansangkan. Mungkin keadaan laut yang kurang baik atau pemilihan takat yang salah membuatkan kekurangan tangkapan dibuat. Tetapi..pada malamnya. Suasana agak riuh sedikit dengan banyak sentapan dari sang Barakuda @ titir. Sekali sekali diceriakan oleh sang Tenggiri. Boleh di katakan sang titir adalah tangkapan terbanyak trip kali ni...So..gelaran bagi trip kali ni...TIRBAL.


Bro Faudzi dengan Tenggiri 2kg dan 4kg++ pada malam kedua.

Pada hari ketiga dan terakhir ...25 September 2011.
Kami telah dibawa ke takat lain lagi. Kali ni..banyak kerapu yang berjaya dinaikkan.
Tapi pada hari ke akhir ini,  kami terpaksa balik awal kerana kehabisan air bersih di atas kapal. Kami bertolak pada jam 9 pagi dan sampai di Jeti Kota Kinabalu pada jam 1 Petang.


Bro Faudzi dan Bro Jai dengan Tangkapan Tenggiri dan Titir


Gambar kenangan dalam perjalanan balik ke KK

Kegembiraan dan kepuasan dari Trip...

Antara hasil 'tong' yang diisi hasil tangkapan

Pada trip kali ini, kami bernasib baik kerana pada malam kedua kami di laut. Dikhabarkan di darat berlaku ribut yang agak kuat. Syukur alhamdulillah..... Selepas itu pada sebelah malam setelah kami balik...memang betul juga...ribut yang agak kuat juga melanda KK. Diikuti dengan Kejadian ribut yang kencang pada awal pagi selasa. Banyak bangkar terbentuk Bandaraya KK selepas ribut tersebut.

Walayu macamanapun..tahniah..buat ahli2 jejak lubuk kerana berjaya mengharungi trip TIRBAL kali ni walaupun sasaran tidak tercapai. jumpa lagi Next trip. 

Post by...
Faudzi..