Misi seterusnya..cuba try test lah membooking tu kapal melalui bro Jai . Alhamdulillah...good respond. Pada tarikh yang di rancang memang ada kapal kosong. Pada mulanya... bilangan ahli yang akan turut serta pada trip kali ni melebihi dari jangkaan. Nasib baik dapat dipecahkan kepada 2 buah kapal.
Sehari sebelum trip diadakan...Bro Jai telah membuat satu perbincangan memandangan keadaaan cuaca yang tidak menentu. Antaranya pilihan takat yang sesuai.
23 September 2011......
Kini tiba masanya yang ditunggu-tunggu. Dengan keadaan cuaca yang agak dingin disertakan hujan di awal pagi dan lewat malam semalam. Keadaan laut pun agak berombak dan beralun..jangkaan 1-2 meter.
Sebelum ke Jeti...kebanyakan ahli...pergi ke pasar SAFMA berdekatan untuk membeli umpan seperti ikan basung, tulai, bekulan dan sotong. Trip kali ini...Team Jejak Lubuk mengikuti Kapal Akmad.
Kapalnya..boleh tahan...bersih. Boleh dikatakan kapal ini adalah antara kapal terbersih antara semua kapal-kapal memancing di KK. Team Jejak Lubuk juga..dikuatkan dengan kehadiran semua ahli seramai 13 orang termasuk ahli paling jauh dari KL iaitu Bro Reza yang baru tiba dari KL pada petang semalam semata-mata trip memancing ini. Mantaplah... Raja Putih datang.
Keadaan laut yang agak bergelora
Kapal Akmad pandangan dari hadapan
Sebilangan Kapal memancing yang turun ke laut
Aktiviti rancak di jeti.... Bayar jangan tak bayar
Ni dia..Bro Reza bersama Bro Pezal.
Gelagat di atas kapal sebelum bertolak
Trip pada hari pertama....23 September 2011.
Pada hari pertama secara ringkasnya.... takat yang dibawah agak kurang memberansangkan. Boleh dikatakan setiap takat yang di singgah. Tidak banyak sentapan yang diperolehi. Begitu juga pada sebelah malamnya. Cuma beberapa ekor ikan saja yang berjaya dinaikkan. Bro waz...saja dapat menaikkan GT 5kg++ menggunakan teknik jigging. Tahniahlah...Ko lah juara.
Pezal dengan ikan merahnya.
Tapi...masa awal perjalanan..boleh dikatakan.Sebilangan ahli2 memancing tertewas dan terpaksa masuk kedalam kabin kerana keadaan ombak yang akan besar. Nasib baiklah tiada gambar yang dapat ditunjukkan.
Bro Pezal dengan Merahnya
Bro Faudzi dengan ikan nda tau lah apa namanya...
Pada hari kedua....24 September 2011
Keadaan laut pada hari kedua..agak baik dan kurang bergelora walaupun ribut pada awal pagi.
Tangkapan pada hari kedua pun agak kurang memberansangkan. Mungkin keadaan laut yang kurang baik atau pemilihan takat yang salah membuatkan kekurangan tangkapan dibuat. Tetapi..pada malamnya. Suasana agak riuh sedikit dengan banyak sentapan dari sang Barakuda @ titir. Sekali sekali diceriakan oleh sang Tenggiri. Boleh di katakan sang titir adalah tangkapan terbanyak trip kali ni...So..gelaran bagi trip kali ni...TIRBAL.
Bro Faudzi dengan Tenggiri 2kg dan 4kg++ pada malam kedua.
Pada hari ketiga dan terakhir ...25 September 2011.
Kami telah dibawa ke takat lain lagi. Kali ni..banyak kerapu yang berjaya dinaikkan.
Tapi pada hari ke akhir ini, kami terpaksa balik awal kerana kehabisan air bersih di atas kapal. Kami bertolak pada jam 9 pagi dan sampai di Jeti Kota Kinabalu pada jam 1 Petang.
Bro Faudzi dan Bro Jai dengan Tangkapan Tenggiri dan Titir
Gambar kenangan dalam perjalanan balik ke KK
Kegembiraan dan kepuasan dari Trip...
Antara hasil 'tong' yang diisi hasil tangkapan
Pada trip kali ini, kami bernasib baik kerana pada malam kedua kami di laut. Dikhabarkan di darat berlaku ribut yang agak kuat. Syukur alhamdulillah..... Selepas itu pada sebelah malam setelah kami balik...memang betul juga...ribut yang agak kuat juga melanda KK. Diikuti dengan Kejadian ribut yang kencang pada awal pagi selasa. Banyak bangkar terbentuk Bandaraya KK selepas ribut tersebut.
Walayu macamanapun..tahniah..buat ahli2 jejak lubuk kerana berjaya mengharungi trip TIRBAL kali ni walaupun sasaran tidak tercapai. jumpa lagi Next trip.
Post by...
Faudzi..
Mantap.. sayangnya gambar kerisi bali dan king fish tiada kali ni..
ReplyDelete