Sekali lagi penjelajahan diteruskan bagi misi lubuk Sepit Biru ( Udang Galah ). Kali ini lokasi masih tempat yang sama, dimana masih banyak lubuk yang belum diterokai.. lihatlah hasilnya yang berjaya ditawan oleh pemancing tegar Udang Galah.
Lesen pertama yang berjaya dinaikkan di lubuk jijah... biar kecil tapi tarikkan mahu tau.. bisa.......Udang yang berjaya dinaikkan menjelang ke petang.. masih lagi tu mencari lubuk yang power..
Antara hasil tangkapan memancing
Inilah antara team jejak lubuk yang menjelajah ke sg Gerama bagi misi pencarian lubuk kakau...Bro Jef siap berdiri mencari lubuk kakau .. apa lagi bro Brhm.. mantap control macho tu heeee..
Ini dia juara hari tu dengan tangkapan yang diluar dugaannya... memang mantap bro Uding...Mengancang.....
Inilah Udang Galah yang terbesar yang pernah sy naikkan.. tak sangka rezeki anak lah katakan.. beratnya bukan main, paling syok tarikkannya.. wow mantop giler... pertama kali dan menjadi rekod peribadi menaikkan sepit biru gergasi...
sodap sodap sodap sepit panjang - panjang lagi.. itulah rezeki memancing udang galah.. kesabaran amat penting dalam menawan sepit biru.
Begitulah ceritanya dalam menjelajah lubuk lubuk sepit biru, kepuasan memang tak terhingga bila berjaya menaikkan sepit biru.. bagi sesiapa yang belum ada lesen udang tu, marilah turun dan cuba merasa tarikkan sepit biru yang power.. pastinya lain daripada yang lain.. tak cuba makanya tak tahu.. maka oleh itu cubalah menawan sentapan sepit biru yang power... sekali menaikkan pasti akan bersemangat dalam mencari lubuk sepit biru.. nikmatnya sukar digambarkan.. go go go Team Jejak Lubuk .............
Teda keraja lain kah selain pancing udang? hehe
ReplyDeletebukanlah..udang ni teda kerja lainkah asik makan pancing dia..
ReplyDelete