Tuesday, 20 September 2011

Berbuka Puasa Team Jejak Lubuk

Pada 26 Ogos 2011...
Team Jejak Lubuk telah mengadakan majlis berbuka puasa Team Jejak Lubuk di Restoran Kampung Nelayan Beijing. Tujuan nya adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan di kalangan ahli2 jejak lubuk. Sambil membincangkan perancangan trip memancing seterusnya.
Antara ahli2 yang hadir.
Tahniahlah Team Jejak Lubuk. Lepas ni kita beraya di atas kapal lah pula ok.


Post by....
Faudzi

Team Boling Jejak Lubuk

Wow...selain memancing. Team Jejak Lubuk juga aktif dalam indoor games. Boling.
Gambar semasa perlawanan persahabatan menentang PPHT Papar
Diketuai oleh
Bro Faudzi
Bro Pezal
Bro Wasli
Cik Hilda
Bro Ghafar
Bro Hubert

Pasukan jejak lubuk telah mengikuti pertandingan Liga Sukanika dengan menggunakan nama SESB Mapro.
hidup Jejak Lubuk.
AMALKAN GAYA HIDUP  SIHAT

Post by...
Faudzi

1st Deepsea Fishing Trip Team Jejak Lubuk

Pada 15 - 17 Julai 2011 yang lalu...Team Jejak Lubuk telah mengadakan julung kalinya trip memancing laut dalam terdiri daripada ahli2 dari Jabatan Kerajaan dan Swasta, dari Kota Kinabalu dan Bongawan. Dan apa2 yang sewaktu dengannya.
Trip ini telah di ilhamkan oleh Bro Wasli pada bulan april. Setelah berbincang dengan Bro Jai (MZ Tackle), maka tarikh yang sesuai telah dipersetujui oleh ahli2 Jejak Lubuk iaitu pada 15 hingga 17 Julai 2011.
Dalam tempoh 3 bulan dari rancangan..banyaklah peralatan pancing yang dibeli, dipinjam dan sebagainya lah bagi memenuhi trip memancing. Boleh dikatakan ahli2 ni baru pertama kali menyertai trip laut dalam. Mungkin kalau ada pun bukan nya dalam sangat.
Sehari sebelum trip..Bro Jai telah membuat satu perbincangan di kedainya bertempat d Tg. Aru Plaza. Perbincangan meliputi takat2 yang bakal dituju...pada mulanya..takat yang di cadang adalah sekitar Mantanani. Ahli2 Jejak Lubuk ni kira ok uga lah..seteju saja. Tiada bantahan. Apa yang penting ada ikan. Betul tak?
Apabila tiba masa yang ditunggu...boleh dikatakan semua ahli2 bersemanggat untuk turun trip ni. dengan wajah yang ceria di pagi 17 Julai 2011. Semua ahli berkumpul di tempat Kapal berlabuh iaitu bersebelahan dengan pasar berdepan dengan Lot Kedai segama. Tapi sebelum tu..ada yang pergi membeli umpan seperti Ikan Basung..Kembung..sotong dll nda tau lah pula kalau ada yang membeli daging atau perut ayam. Ahhh..ah..ah...
Setelah semua ahli berkumpul lebih kurang jam 7.00 pagi, kami di bawa pergi bersarapan dulu di Restoran Rahmat. Selepas sarapan ..sempat lagi sebilangan ahli pergi membeli secondary peralatan pancing.

Ok...cerita balik...
bertempat d perlabuhan kapal2 Mancing. Peralatan ahli2 mancing diangkat oleh anak kapal. Wow..boleh tahan juga...Ramai pemancing2 laut dalam berkumpul di kawasan tersebut dan banyak juga lah kapal yang berlabuh untuk membawa para pemancing.

Antara gambar di kawasan perlabuan kapal2 Mancing

 Trip memancing bagi ahli team Jejak Lubuk telah mengikuti kapal KK Law.
Di atas berbagai ragam ceria kedengaran. Apa tak nya. Kapal lewat bertolek gara2 ke kurangan Ais...So..terpaksalah kami menunggu kehadiran lori Ais.
 
Antara aksi selamba sebelum kapal bertolak

Kapal bertolak kira2 jam 9.30 pagi..terlewat kira2 1 jam dari jadua. Pikirkan kapal terbang saja yang selalu delay...rupa2nya kalap pemancing pun adakalanya terdelay.
Semasa menunggu kapal bertolak..Bro Jai sekali lagi membuat perbincangan. Di mana lokasi memancing terpaksa ditukat kerana ketiada arus. So...lokasi baru yang di jejak iaitu Mengalum...ulu karang2.
Semasa Kapal bertolak...kebanyakan ahli2 membuat persediaan akhir sebelum sampai ke destinasi.
Antara gelagat semasa dalam perjalanan ke destinasi
 Dalam perjalanan...anak kapal telah menyedia makan tengah hari untuk di makan di atas kapal..wow boleh tahan juga masakannya.
Ayam masak kicap + sayur kangkung

Kami tiba ke destinasi sekitar jam 3.30 petang. iaitu pada kedalaman 80 - 90 meter. Jarak nda tau lah pula.
Pada mulanya tiada ikan yang diperolehi...
Tetapi setelah berpindah lubuk..barulah ada tangkapan diperolehi.
Pada kedalaman kira2 100 meter kira2 jam 5 petang..keadaan di atas kapal begitu riuh dengan gelagat kegembiraan. Apa taknya..Kerisi Bali 4kg ke atas di naikan oleh setiap ahli. Puas hati juga. Lebih2 lagi ada yang mendapat Kingfish @ Amberjack seberat 5 kg ke atas.
Pada sebelah malamnya pula sebaliknya...keadaan riuh agak kurang..cuma ada gelak tawa sahaja. Mungkin keadaan bulan yang agak terang menyebabkan kekurangan ikan kot. Boleh dikatakan keadaan agak sunyi..sehinggalah lebih kurang jam 9 malam. Satu tarikan Kingfish mengenai salah satu pancing ahli kami. Tapi...bolehdikatakan hanpir 4 pancing di tarik sama..apa lagi..kulut n berserabut tali pancing dibuatnya. Bagi membuka kulutan ini saja..6 jam diperlukan. Penat. Ni kali lah...Raja Kulut.
Pada sebelah awal pagi..Bro Wasli telah berjaya menaikan Kingfish yang ke 3 untuk trip ni dengan teknik Jigging.

Bro wasli dengan Kingfish
Kingfish yang berjaya dinaikkan pada malam pertama
 Setelah teknik Jgging membuahkan hasil Bro Pezal lah pula mencuba teknik ni... Hasilnya tidak mengecewakan...Ikan bekulan berjaya dinaikan. termasuklah juga kerisi bali...
Bro Pezal mencuba teknik 'Jigging'

Pada hari kedua...Bro fauzi pula mendapat masalah di awal pagi..Apa taknya..Reel daiwa Saltist telah mengalami kerosakan yang susah untuk dibaiki. Nak modify pun susah. kin gara2 menarik batu yang berat hampir2 800gram. Nasib baik Bro Jai meminjamkan reel nya...Terima Kasih Bro Jai
Kerisi Bali yang berjaya dinaikkan oleh Bro Pezal memBottom
Jigging..kerisi Bali lah pula mangsanya.
Merah geng....mangsa
Ikan pelik yang berjaya ditangkap
Ikan pelik.."Dragon Ball"
 Hari kedua..merupakan hari yang ceria bagi semua di atas kapal...Boleh dikatakan banyak ikan yang berjaya di naikan. Tetapi pada sebelah malamnya pula..berubah lagi..kapal telah membawa kami ke Lubuk Sejali...kira2 2-3 jam perjalanan.keadaan sunyi.
Lebih2 lagi...pada malam kedua...pancingan kurang memberansangkan. Kena lagi pukulan ribut di tengah malam. Boleh dikatakan semua pemancing masuk ke dalam kabin.
Masuk hari ke 3...sebelum balik ke kk. Kapal telah membawa ahli jejak lubuk ke lubuk kerapu. Boleh dikatakan setiap yang ada di atas kapal menarik ikan kerapu.
Tetapi keadaan tersebut tidak lama...semuanya berakhir pada jam 9 pagi. apabila tekong membawa kami balik ke tanah Besar semua.
Dalam perjalanan balik..mulalah aksi mengambil gambar..antaranya...
Ikan terberat Kingfish 10Kg ++++
Setelah selesai bergambar..semua ahli te jejak lubuk pun berkemas..pgi mandi...kemas2 lah. Selain tu anak kapal pula membersihkan kapal. Kapal tiba ke pelabuhan Kapal Mancing kira2 jam 3 petang.
Dalam Trip ni banyak pengalaman diperolehi..selain jumpa rakan pemancing yang ceria2 selalu...persefahaman...yang paling penting 1 kepala. Ok Geng. Jumpa Lagi Next Trip.


Post by....
Faudzi

Monday, 19 September 2011

Trip Suka-suka percubaan ke Tumai - 18 September 2011


18 September 2011...jam 7.00 pagi.
Satu trip telah diadakan. Tetapi trip ni hanya suka-suka saja. Memandangkan beberapa perancangan sebelum ini  terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang agak kurang baik. Antara trip dibatalkan...Trip Popping ke Pulau Tiga dan Trip Pelian ke lubuk rahsia.
Trip kali ni pun hampir-hampir dibatalkan kerana hujan yang turun lebat pada sebelah malam dan keadaan laut yang agak beralun pada hari sebelumnya. Macam keadaan angin selatan yang agak kuat.
Trip bermula dari Jeti Nelayan Putatan dengan keadaan air laut yang surut. Nasib baik bot masih boleh dikeluarkan.....bot dipandu oleh Tekong @ Pro angler Pezal.
Pezal dengan aksi selamba membawa bot keluar ke laut.
Antara senjata pancing yang dibawa
Setalah sampai saja ke laut.... kami telah mula menunda (trolling). Tatapi...mula-mula lagi kami pikirkan ada hasil tangkapan kerana ada enjutan@ tarikan pada pancing...Rupa-rupanya..sangkut dah di satu takat berhampiran batuan Dumpil. Apa lagi..mula lah kami berdua menarik @ menggulung pancing. Seterusnya...kami pegi ke port pertama kami. Pulau Sulug.

Pulau Sulug..boleh dikatakan  spot kami khas untuk popping. Tetapi ...setalah lama kami mem'popping' tiada juga sentapan yang diperolehi.. Mungkin disebabkan ada bot-bot kecil yang memukat dikawasan tersebut yang menyebabkan ketiadaan ikan di sana.

Seterusnya kami ke pulau bersebelahan ..
Pulau Manukan....
Di sana kami menggunakan teknik pancingan Popping dan Casitng. Pada mulanya...tiada sentapan yang kami perolehi. Tepai setelah kami mendekati ke batu-batu pulau...Pezal telah menerima sentapan dari sang GT. Tetapi ...nasib baik tak betul-betul kena sentap. Seterusnya....balingan casting oleh fauzi pula mengena ikan...Tangkapan pertama ikan yang menyerupai ikan titir,...Tapi ikan ni berwarna kuning.
Tangkapan pertama...

Balingan seterusnya strike lagiii....kali ni sang kerapu menjadi mangsa...fauzi.
Balingan seterusnya juga strike juga...mangsanya juga sang kerapu.
Seterusnya..kami berpindah spot. Pezal serus menggunakan aksi Poppingnya.
Manakala..fauzi berterusan men'cast' sekitar batuan manukan. Sekali dilempar...prettttttttt...
Wow...GT jr telah mengena.
GT jr yang mengena..
Wow...boleh tahan juga tarikan GT jr ni. Setelah dinaikkan...GT jr ni hanya seberat 1.55kg sj. Tapi...syukur alhamdulillah...ada juga strike GT.


Video GT jr yang berjaya...



Selepas beberapa ketika ,kami berpindah spot ke belakang Gaya. Di sana kami mem'popping'. Tetapi di sana, tiada sentapan yang diperolehi. Mungkin disebabkan banyak bot lalu lalang di belakang pulau tersebut.

                                                  Video Aksi Pezal mem'Popping'

Spot seterusnya kami ke Tumai...Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam dari Gaya. Lebih kurang 20 km dari Sulug. Tumai mempunyai spot yang menarik. Terdapat batuan karang yang agak besar dikawasan tersebut. Tetapi semasa kami tiba di kawasan tersebut. Terdapat beberapa bot pukat tunda dan bebarapa buah pump bot di kawasan tersebut. Setiba disana, kami menggunakan teknik jigging. Teknik jigging tidak dinafikan adalah satu teknik yang memenatkan. Ini baru kedalaman 40 meter. Belum lagi 100 meter. Setelah kami men'jigging' lebih kuran sejam. tiada juga sentapan ikan yang kami perolehi. Kami terus menukar ke teknik Popping lah pula...Teknik ni juga tidak membuahkan hasil. Mungkin kehadiran bot pukat tunda kot....

Setelah penat men'jigging' dan mem'popping' ..kami bertolak balik ke Jeti Putatan setelah keadaan cuaca mula mendung. Takut juga mana tau ribut melanda. So...terpaksalah balik awal sekitar jam 1.30 petang.


Posted by:
TJL Faudzi

Friday, 16 September 2011

Jalak Lenteng Laluan Talian

Pada 13hb Sept 2011, setelah selesai kerja-kerja JCC (Joint Crops Counting), satu trip menjalak telah di atur untuk mencuba lubuk berpotensi yang baru sahaja dijumpai ekoran lubuk tersebut berada di dalam cadangan laluan talian penghantaran.. So, apa lagi beb, bak kata orang Sabah "Jangan Kasi Lama".. Rakan komplot dalam trip ini terdiri daripada Abg. Kadir daripada JTU, Wasli dan saya sendiri aka Pezal.. ;-).. Tidak ketinggalan saudara Fazizul juga sebagai Jurukamera tak berdaftar.. ;-).. Di bawah adalah antara foto2 yang berjaya di snap ditempat kejadian..


 Aksi Wasli menunjukkan sesuatu pada.. Nampak buih Sang Jalak Kot?



Ketiga2 rakan komplot tenang menantikan gewang katak disambar sang jalak lenteng yang buas




Sabar yang menguji ketenangan jiwa ;-)


Syukur, jalak yang dicari akhirnya memunculkan diri juga.. Santapan yang mantap..



Gewang katak daripada eupro yang berjaya menawan Sang Jalak



Pada hari tersebut team komplot berjaya menaikkan dua ekor jalak.. Sayangnya, foto Abg Kadir tidak dapat dimasukkan ke dalam blog ini kerana saya tidak memilikinya.. Adakah disebabkan beliau bukan dari anggota Team Jejak Lubuk?? Sama2 kita nantikan episode yang akan datang...


Posted by:
Pezal


Thursday, 8 September 2011

Upcoming trip..

Berita Terkini!

Team Jejak Lubuk sekali lagi akan mengadakan trip memancing laut dalam seperti berikut:

Tarikh : 23hb - 25hb September 2011
Lokasi : Ulu Karang-Karang

Good luck to all!.. jangan lupa senjata2 perang harus disiapkan..



Posted by:
Pezal

Pengenalan

Syukur.. akhirnya pembinaan blog ini tercapai juga.. Kepada semua ahli-ahli kumpulan, adalah diharapkan dengan kewujudan blog ini kita akan dapat bersama-sama berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan dengan apa juga yang sewaktu dengannya sesuai dengan nama Jejak Lubuk.. Selaku pengepos pertama didalam blog ini, terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang dan selamat berblog.. ;-) Jangan lupa jadi ahli dalam ruangan "member" kat tepi blog ini yeah..


pezal