Friday, 16 September 2011

Jalak Lenteng Laluan Talian

Pada 13hb Sept 2011, setelah selesai kerja-kerja JCC (Joint Crops Counting), satu trip menjalak telah di atur untuk mencuba lubuk berpotensi yang baru sahaja dijumpai ekoran lubuk tersebut berada di dalam cadangan laluan talian penghantaran.. So, apa lagi beb, bak kata orang Sabah "Jangan Kasi Lama".. Rakan komplot dalam trip ini terdiri daripada Abg. Kadir daripada JTU, Wasli dan saya sendiri aka Pezal.. ;-).. Tidak ketinggalan saudara Fazizul juga sebagai Jurukamera tak berdaftar.. ;-).. Di bawah adalah antara foto2 yang berjaya di snap ditempat kejadian..


 Aksi Wasli menunjukkan sesuatu pada.. Nampak buih Sang Jalak Kot?



Ketiga2 rakan komplot tenang menantikan gewang katak disambar sang jalak lenteng yang buas




Sabar yang menguji ketenangan jiwa ;-)


Syukur, jalak yang dicari akhirnya memunculkan diri juga.. Santapan yang mantap..



Gewang katak daripada eupro yang berjaya menawan Sang Jalak



Pada hari tersebut team komplot berjaya menaikkan dua ekor jalak.. Sayangnya, foto Abg Kadir tidak dapat dimasukkan ke dalam blog ini kerana saya tidak memilikinya.. Adakah disebabkan beliau bukan dari anggota Team Jejak Lubuk?? Sama2 kita nantikan episode yang akan datang...


Posted by:
Pezal


No comments:

Post a Comment

Lantak lah nak komen apa pun kat sini!