Monday, 19 September 2011

Trip Suka-suka percubaan ke Tumai - 18 September 2011


18 September 2011...jam 7.00 pagi.
Satu trip telah diadakan. Tetapi trip ni hanya suka-suka saja. Memandangkan beberapa perancangan sebelum ini  terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang agak kurang baik. Antara trip dibatalkan...Trip Popping ke Pulau Tiga dan Trip Pelian ke lubuk rahsia.
Trip kali ni pun hampir-hampir dibatalkan kerana hujan yang turun lebat pada sebelah malam dan keadaan laut yang agak beralun pada hari sebelumnya. Macam keadaan angin selatan yang agak kuat.
Trip bermula dari Jeti Nelayan Putatan dengan keadaan air laut yang surut. Nasib baik bot masih boleh dikeluarkan.....bot dipandu oleh Tekong @ Pro angler Pezal.
Pezal dengan aksi selamba membawa bot keluar ke laut.
Antara senjata pancing yang dibawa
Setalah sampai saja ke laut.... kami telah mula menunda (trolling). Tatapi...mula-mula lagi kami pikirkan ada hasil tangkapan kerana ada enjutan@ tarikan pada pancing...Rupa-rupanya..sangkut dah di satu takat berhampiran batuan Dumpil. Apa lagi..mula lah kami berdua menarik @ menggulung pancing. Seterusnya...kami pegi ke port pertama kami. Pulau Sulug.

Pulau Sulug..boleh dikatakan  spot kami khas untuk popping. Tetapi ...setalah lama kami mem'popping' tiada juga sentapan yang diperolehi.. Mungkin disebabkan ada bot-bot kecil yang memukat dikawasan tersebut yang menyebabkan ketiadaan ikan di sana.

Seterusnya kami ke pulau bersebelahan ..
Pulau Manukan....
Di sana kami menggunakan teknik pancingan Popping dan Casitng. Pada mulanya...tiada sentapan yang kami perolehi. Tepai setelah kami mendekati ke batu-batu pulau...Pezal telah menerima sentapan dari sang GT. Tetapi ...nasib baik tak betul-betul kena sentap. Seterusnya....balingan casting oleh fauzi pula mengena ikan...Tangkapan pertama ikan yang menyerupai ikan titir,...Tapi ikan ni berwarna kuning.
Tangkapan pertama...

Balingan seterusnya strike lagiii....kali ni sang kerapu menjadi mangsa...fauzi.
Balingan seterusnya juga strike juga...mangsanya juga sang kerapu.
Seterusnya..kami berpindah spot. Pezal serus menggunakan aksi Poppingnya.
Manakala..fauzi berterusan men'cast' sekitar batuan manukan. Sekali dilempar...prettttttttt...
Wow...GT jr telah mengena.
GT jr yang mengena..
Wow...boleh tahan juga tarikan GT jr ni. Setelah dinaikkan...GT jr ni hanya seberat 1.55kg sj. Tapi...syukur alhamdulillah...ada juga strike GT.


Video GT jr yang berjaya...



Selepas beberapa ketika ,kami berpindah spot ke belakang Gaya. Di sana kami mem'popping'. Tetapi di sana, tiada sentapan yang diperolehi. Mungkin disebabkan banyak bot lalu lalang di belakang pulau tersebut.

                                                  Video Aksi Pezal mem'Popping'

Spot seterusnya kami ke Tumai...Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam dari Gaya. Lebih kurang 20 km dari Sulug. Tumai mempunyai spot yang menarik. Terdapat batuan karang yang agak besar dikawasan tersebut. Tetapi semasa kami tiba di kawasan tersebut. Terdapat beberapa bot pukat tunda dan bebarapa buah pump bot di kawasan tersebut. Setiba disana, kami menggunakan teknik jigging. Teknik jigging tidak dinafikan adalah satu teknik yang memenatkan. Ini baru kedalaman 40 meter. Belum lagi 100 meter. Setelah kami men'jigging' lebih kuran sejam. tiada juga sentapan ikan yang kami perolehi. Kami terus menukar ke teknik Popping lah pula...Teknik ni juga tidak membuahkan hasil. Mungkin kehadiran bot pukat tunda kot....

Setelah penat men'jigging' dan mem'popping' ..kami bertolak balik ke Jeti Putatan setelah keadaan cuaca mula mendung. Takut juga mana tau ribut melanda. So...terpaksalah balik awal sekitar jam 1.30 petang.


Posted by:
TJL Faudzi

1 comment:

  1. Hahaha.. cerita yang mantap.. Congrats Zie.. Pada kawan2 yang lain apa cerita?? hehe

    ReplyDelete

Lantak lah nak komen apa pun kat sini!