Trip ini telah di ilhamkan oleh Bro Wasli pada bulan april. Setelah berbincang dengan Bro Jai (MZ Tackle), maka tarikh yang sesuai telah dipersetujui oleh ahli2 Jejak Lubuk iaitu pada 15 hingga 17 Julai 2011.
Dalam tempoh 3 bulan dari rancangan..banyaklah peralatan pancing yang dibeli, dipinjam dan sebagainya lah bagi memenuhi trip memancing. Boleh dikatakan ahli2 ni baru pertama kali menyertai trip laut dalam. Mungkin kalau ada pun bukan nya dalam sangat.
Sehari sebelum trip..Bro Jai telah membuat satu perbincangan di kedainya bertempat d Tg. Aru Plaza. Perbincangan meliputi takat2 yang bakal dituju...pada mulanya..takat yang di cadang adalah sekitar Mantanani. Ahli2 Jejak Lubuk ni kira ok uga lah..seteju saja. Tiada bantahan. Apa yang penting ada ikan. Betul tak?
Apabila tiba masa yang ditunggu...boleh dikatakan semua ahli2 bersemanggat untuk turun trip ni. dengan wajah yang ceria di pagi 17 Julai 2011. Semua ahli berkumpul di tempat Kapal berlabuh iaitu bersebelahan dengan pasar berdepan dengan Lot Kedai segama. Tapi sebelum tu..ada yang pergi membeli umpan seperti Ikan Basung..Kembung..sotong dll nda tau lah pula kalau ada yang membeli daging atau perut ayam. Ahhh..ah..ah...
Setelah semua ahli berkumpul lebih kurang jam 7.00 pagi, kami di bawa pergi bersarapan dulu di Restoran Rahmat. Selepas sarapan ..sempat lagi sebilangan ahli pergi membeli secondary peralatan pancing.
Ok...cerita balik...
bertempat d perlabuhan kapal2 Mancing. Peralatan ahli2 mancing diangkat oleh anak kapal. Wow..boleh tahan juga...Ramai pemancing2 laut dalam berkumpul di kawasan tersebut dan banyak juga lah kapal yang berlabuh untuk membawa para pemancing.
Antara gambar di kawasan perlabuan kapal2 Mancing |
Di atas berbagai ragam ceria kedengaran. Apa tak nya. Kapal lewat bertolek gara2 ke kurangan Ais...So..terpaksalah kami menunggu kehadiran lori Ais.
Antara aksi selamba sebelum kapal bertolak |
Kapal bertolak kira2 jam 9.30 pagi..terlewat kira2 1 jam dari jadua. Pikirkan kapal terbang saja yang selalu delay...rupa2nya kalap pemancing pun adakalanya terdelay.
Semasa menunggu kapal bertolak..Bro Jai sekali lagi membuat perbincangan. Di mana lokasi memancing terpaksa ditukat kerana ketiada arus. So...lokasi baru yang di jejak iaitu Mengalum...ulu karang2.
Semasa Kapal bertolak...kebanyakan ahli2 membuat persediaan akhir sebelum sampai ke destinasi.
Antara gelagat semasa dalam perjalanan ke destinasi |
Ayam masak kicap + sayur kangkung |
Kami tiba ke destinasi sekitar jam 3.30 petang. iaitu pada kedalaman 80 - 90 meter. Jarak nda tau lah pula.
Pada mulanya tiada ikan yang diperolehi...
Tetapi setelah berpindah lubuk..barulah ada tangkapan diperolehi.
Pada kedalaman kira2 100 meter kira2 jam 5 petang..keadaan di atas kapal begitu riuh dengan gelagat kegembiraan. Apa taknya..Kerisi Bali 4kg ke atas di naikan oleh setiap ahli. Puas hati juga. Lebih2 lagi ada yang mendapat Kingfish @ Amberjack seberat 5 kg ke atas.
Pada sebelah malamnya pula sebaliknya...keadaan riuh agak kurang..cuma ada gelak tawa sahaja. Mungkin keadaan bulan yang agak terang menyebabkan kekurangan ikan kot. Boleh dikatakan keadaan agak sunyi..sehinggalah lebih kurang jam 9 malam. Satu tarikan Kingfish mengenai salah satu pancing ahli kami. Tapi...bolehdikatakan hanpir 4 pancing di tarik sama..apa lagi..kulut n berserabut tali pancing dibuatnya. Bagi membuka kulutan ini saja..6 jam diperlukan. Penat. Ni kali lah...Raja Kulut.
Pada sebelah awal pagi..Bro Wasli telah berjaya menaikan Kingfish yang ke 3 untuk trip ni dengan teknik Jigging.
Bro wasli dengan Kingfish |
Kingfish yang berjaya dinaikkan pada malam pertama |
Bro Pezal mencuba teknik 'Jigging' |
Pada hari kedua...Bro fauzi pula mendapat masalah di awal pagi..Apa taknya..Reel daiwa Saltist telah mengalami kerosakan yang susah untuk dibaiki. Nak modify pun susah. kin gara2 menarik batu yang berat hampir2 800gram. Nasib baik Bro Jai meminjamkan reel nya...Terima Kasih Bro Jai
Kerisi Bali yang berjaya dinaikkan oleh Bro Pezal memBottom |
Jigging..kerisi Bali lah pula mangsanya. |
Merah geng....mangsa |
Ikan pelik yang berjaya ditangkap |
Ikan pelik.."Dragon Ball" |
Lebih2 lagi...pada malam kedua...pancingan kurang memberansangkan. Kena lagi pukulan ribut di tengah malam. Boleh dikatakan semua pemancing masuk ke dalam kabin.
Masuk hari ke 3...sebelum balik ke kk. Kapal telah membawa ahli jejak lubuk ke lubuk kerapu. Boleh dikatakan setiap yang ada di atas kapal menarik ikan kerapu.
Tetapi keadaan tersebut tidak lama...semuanya berakhir pada jam 9 pagi. apabila tekong membawa kami balik ke tanah Besar semua.
Dalam perjalanan balik..mulalah aksi mengambil gambar..antaranya...
Ikan terberat Kingfish 10Kg ++++ |
Dalam Trip ni banyak pengalaman diperolehi..selain jumpa rakan pemancing yang ceria2 selalu...persefahaman...yang paling penting 1 kepala. Ok Geng. Jumpa Lagi Next Trip.
Post by....
Faudzi
Wah wah wah.. hehe.. kali ni siapa lah agaknya yg jadi man of the match.. ;-)
ReplyDeletesalam lawatan www.kembara-pancing.blogspot.com kepada bro faizal...trip dan hasil yg menarik.
ReplyDeletetq bro.. Tg. Rider..
ReplyDelete